Skip to main content

BELAJAR DARI PERJANJIAN HUDAIBIYAH




Nama Buku : Belajar Dari Perjanjian Hudaibiyah

Penulis : Hepi Andi Bastoni

Penerbit : Rijal Media

Pengedar : Kemilau Publika Sdn Bhd

Ulasan Buku

Cerita dalam perjanjian Hudaibiyah adalah cerita yang telah di atur dan di rancang oleh Allah SWT. Peristiwa Perjanjian Hudaibiyah walaupun pada mulanya di persoalkan isi perjanjiannya oleh para sahabat, termasuk Umar Al Khattab, kerana sifat manusia memang dari segi fitrahnya tidak jauh dari sifat terburu-buru dan tergesa untuk mencapai tujuan. Apalagi jika diketahui landasan perjanjian Hudaibiyah itu tidak mengambarkan keadilan bagi pihak Muslimin pada waktu itu. Walaupun begitu, Nabi SAW dengan tegas tidak langsung mencerminkan perubahan pada perjanjian tersebut apabila di persoalkan bertubi-tubi oleh Umar RA sehingga di jawab oleh Nabi SAW dengan tegas “ Sesunggunya aku adalah Rasul Allah. Aku tidak akan mendurhakaiNya, Dia pun tidak mensia-siakan aku”. Dalam hal ini, banyak perkara yang kita dapat pelajari sama ada sebagai seorang pemimpin dan pengikut pemimpin.

Perjanjian peristiwa Hudaibiyah juga mengambarkan keimanan yang mantap sehinggakan ada di kalangan ahli sejarah menyatakan keimanan para sahabat antara yang terbaik pada masa ini. Masakan tidak, ketika di perintahkan Nabi SAW utk tidak membawa apa apa senjata menuju ke kota Mekah, dan di katakan bahawa pemergian mereka bukan untuk berperang, para sahabat semuanya menurut. Ketika timbul isu berita Uthman b Affan RA di katakan terbunuh sehingga Nabi SAW memerintahkan bai’at di buat untuk berperang atas kematian Uthman RA malah ada yang sanggup berbai’at untuk mati. Perubahan pertama ketika pergi dengan arahan Nabi untuk tidak berperang lantas bertukar dalam bai’at untuk berperang. Allah merakamkan peristiwa Bai’at ini di dalam Al Quran

“ sesunguhnya Allah telah reda terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon,maka Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka, lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi alasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat (waktunya)” Al Fath:18

Betapa besarnya ertinya ketika Allah berfirman khusus kepada mereka yang mengikat janji setia(Bai’at ar-Ridhwan), dengan menerangkan dengan jelas tempat perjanjian tersebut di buat di dalam surah Al Fath. Jelas terasa bagaimana Allah melebarkan sayap kasih sayangnya dengan penuh kasih dan khusus buat mereka.

Taat dalam keadaan sukar adalah lebih susah daripada taat pada masa senang. Inilah yang berlaku, ketika tekanan yang di berikan oleh pemuka Quraisy ketika itu, ketika perjanjian Hudaibiyah tidak mencerminkan keadilan (dalam fikiran manusia yang mempunyai had), ketika semasa perjanjian di tulis dan ketika selepas perjanjian, jelas tekanan semakin memuncak apabila melihat Abu Jandal berteriak “wahai sekalian muslimin, haruskah aku dikembalikan kepada kaum musyrikin, yang akan mengancamku kerana agamaku”. Abu Jandal di dipukul ayahnya dengan dahan berduri dan hanya di perhatikan oleh sekalian muslimin pada waktu itu dan tidak dapat berbuat apa-apa kerana isi perjanjian Hudaibiyah yang telah di meterai. Sekalian muslimin menangis ketika itu memperlihatkan betapa ikatan persaudaraan mereka begitu kuat sebagai seorang muslim! Inilah nilai taat yang paling berharga ketika tekanan di berikan.

Buku Belajar Dari Perjanjian Hudaibiyah ini adalah sebuah buku yang menceritakan segalanya yang berlaku sebelum, semasa dan selepas Perjanjian ini. Ia wajar di baca oleh pemimpin, pengikut pimpinan dan bagi mereka yang hendak memahami sirah Nabi SAW. Cerita Perjanjian Hudaibiyah ini adalah kisah yang di rancang oleh Allah SWT yang menjanjikan kemenangan ketika turunnya ayat 1 surah Al Fath, Nabi SAW bersabda “Telah diturunkan kepadaku satu surah yang lebih aku sukai daripada apa pun yang di sinari matahari.”

“Sesungguhnya , kami telah memberimu kemenangan yang nyata, supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosa-dosa yang telah lalu dan yang akan datang, serta menyempurnakan nikmatNya atasmu dan memimpin kami ke jalan yang lurus, dan rupanya Allah menolongmu dengan pertolongan yang kuat (banyak)” Al Fath : 1-3

Ulasan buku oleh Raithab

Comments

Popular posts from this blog

TADABBUR HIKMAH JUZUK 'AMMA

Dalam Juzuk 'Amma terdapat 37 surah yang sering kita baca ketika solat. Dimulai dengan surah an Naba' dan di akhiri dengan surah al -Nas. Surah-surah yang pendek ini mengandungi pelbagai perbahasan mengenai soal hidup, hari kiamat, tolong-menolong sesama manusia, penjagaan anak yatim, menyantuni faqir miskin, bahkan sampai kepada semangat menghadapi perang dengan kuda yang tangkas berlari pun di suruh menjadi perhatian kita. Jom, memahami tafsir daripada karya agung nusantara, Buya HAMKA. Penyusun dan Penyunting oleh Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi dan hadith ditakhrijkan dan ditahqiqkan oleh Dr RMuhamad Rozaimi Ramle Harga RM73.00  COD Kuching

SYARAH 10 MUWASHAFAT

Buku Syarah 10 Muwashafat* (Muwashafat~ciri-ciri atau peribadi yang ada pada seorang Muslim) Asas bagi kejayaan masyarakat adalah pembentukan kualiti individu. Bagaimana kualiti pembentukan individu begitulah pula kejayaan masyarakat. Untuk itu, Islam sangat mengambil berat pembentukan peribadi (takwin fardi) kerana dari peribadi-peribadi muslim inilah, nilai dan kemuliaan Islam dapat diterjermah dalam alam realiti.