Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

BIOGRAFI SYED MOKHTAR ALBUKHARY

Bukan mudah menjadi seorang usahawan, apa lagi seorang jutawan, malah terukir nama sebagai 10 orang terkaya di Malaysia. Syed Mokhtar Albukhary membuktikan sesuatu kepada kita, membuktikan dan mengingatkan kita dengan generasi para sabahat Nabi SAW, betapa kekayaannya tidak langsung menjadikannya seorang yang sombong dan mementingkan diri. Bersifat rendah diri dan pemurah, beliau adalah ikon jutawan masa kini. Beliau juga membuktikan minat yang mendalam dan kemahiran dalam perniagaan menjadi tonggak kekuatan dan sudah tentu ketaqwaannya membawa beliau sampai sejauh ini. Biografi ini menceritakan segala-galanya, dari zaman remaja beliau sehinggalah hari ini. Pernah suatu ketika semasa berumur 6 tahun, ibunya memberinya 50 sen untuk mengunting rambutnya, di tengah perjalanan, beliau bertemu dengan seorang peminta sedekah, lalu memberikan 50 sen tadi kepada peminta sedekah. Akibat khuatir di marahi ibunya, dia menceritakan kisah ini kepada jirannya seterusnya jiran itu me