Skip to main content

Posts

TADABBUR HIKMAH JUZUK 'AMMA

Dalam Juzuk 'Amma terdapat 37 surah yang sering kita baca ketika solat. Dimulai dengan surah an Naba' dan di akhiri dengan surah al -Nas. Surah-surah yang pendek ini mengandungi pelbagai perbahasan mengenai soal hidup, hari kiamat, tolong-menolong sesama manusia, penjagaan anak yatim, menyantuni faqir miskin, bahkan sampai kepada semangat menghadapi perang dengan kuda yang tangkas berlari pun di suruh menjadi perhatian kita. Jom, memahami tafsir daripada karya agung nusantara, Buya HAMKA. Penyusun dan Penyunting oleh Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi dan hadith ditakhrijkan dan ditahqiqkan oleh Dr RMuhamad Rozaimi Ramle Harga RM73.00  COD Kuching
Recent posts

SYARAH 10 MUWASHAFAT

Buku Syarah 10 Muwashafat* (Muwashafat~ciri-ciri atau peribadi yang ada pada seorang Muslim) Asas bagi kejayaan masyarakat adalah pembentukan kualiti individu. Bagaimana kualiti pembentukan individu begitulah pula kejayaan masyarakat. Untuk itu, Islam sangat mengambil berat pembentukan peribadi (takwin fardi) kerana dari peribadi-peribadi muslim inilah, nilai dan kemuliaan Islam dapat diterjermah dalam alam realiti.

BIOGRAFI SYED MOKHTAR ALBUKHARY

Bukan mudah menjadi seorang usahawan, apa lagi seorang jutawan, malah terukir nama sebagai 10 orang terkaya di Malaysia. Syed Mokhtar Albukhary membuktikan sesuatu kepada kita, membuktikan dan mengingatkan kita dengan generasi para sabahat Nabi SAW, betapa kekayaannya tidak langsung menjadikannya seorang yang sombong dan mementingkan diri. Bersifat rendah diri dan pemurah, beliau adalah ikon jutawan masa kini. Beliau juga membuktikan minat yang mendalam dan kemahiran dalam perniagaan menjadi tonggak kekuatan dan sudah tentu ketaqwaannya membawa beliau sampai sejauh ini. Biografi ini menceritakan segala-galanya, dari zaman remaja beliau sehinggalah hari ini. Pernah suatu ketika semasa berumur 6 tahun, ibunya memberinya 50 sen untuk mengunting rambutnya, di tengah perjalanan, beliau bertemu dengan seorang peminta sedekah, lalu memberikan 50 sen tadi kepada peminta sedekah. Akibat khuatir di marahi ibunya, dia menceritakan kisah ini kepada jirannya seterusnya jiran itu me

BELAJAR DARI PERJANJIAN HUDAIBIYAH

Nama Buku : Belajar Dari Perjanjian Hudaibiyah Penulis : Hepi Andi Bastoni Penerbit : Rijal Media Pengedar : Kemilau Publika Sdn Bhd Ulasan Buku Cerita dalam perjanjian Hudaibiyah adalah cerita yang telah di atur dan di rancang oleh Allah SWT. Peristiwa Perjanjian Hudaibiyah walaupun pada mulanya di persoalkan isi perjanjiannya oleh para sahabat, termasuk Umar Al Khattab, kerana sifat manusia memang dari segi fitrahnya tidak jauh dari sifat terburu-buru dan tergesa untuk mencapai tujuan. Apalagi jika diketahui landasan perjanjian Hudaibiyah itu tidak mengambarkan keadilan bagi pihak Muslimin pada waktu itu. Walaupun begitu, Nabi SAW dengan tegas tidak langsung mencerminkan perubahan pada perjanjian tersebut apabila di persoalkan bertubi-tubi oleh Umar RA sehingga di jawab oleh Nabi SAW dengan tegas “ Sesunggunya aku adalah Rasul Allah. Aku tidak akan mendurhakaiNya, Dia pun tidak mensia-siakan aku”. Dalam hal ini, banyak perkara yang kita dapat pelajari sama ada sebagai s