Skip to main content

BIOGRAFI SYED MOKHTAR ALBUKHARY




Bukan mudah menjadi seorang usahawan, apa lagi seorang jutawan, malah terukir nama sebagai 10 orang terkaya di Malaysia. Syed Mokhtar Albukhary membuktikan sesuatu kepada kita, membuktikan dan mengingatkan kita dengan generasi para sabahat Nabi SAW, betapa kekayaannya tidak langsung menjadikannya seorang yang sombong dan mementingkan diri. Bersifat rendah diri dan pemurah, beliau adalah ikon jutawan masa kini.

Beliau juga membuktikan minat yang mendalam dan kemahiran dalam perniagaan menjadi tonggak kekuatan dan sudah tentu ketaqwaannya membawa beliau sampai sejauh ini.

Biografi ini menceritakan segala-galanya, dari zaman remaja beliau sehinggalah hari ini. Pernah suatu ketika semasa berumur 6 tahun, ibunya memberinya 50 sen untuk mengunting rambutnya, di tengah perjalanan, beliau bertemu dengan seorang peminta sedekah, lalu memberikan 50 sen tadi kepada peminta sedekah. Akibat khuatir di marahi ibunya, dia menceritakan kisah ini kepada jirannya seterusnya jiran itu memberitahu ibunya. Itula Syed Mokhtar, keperluannya tidak di lebihkan melainkan untuk kebajikan. Itulah yang berlaku sehingga saat ini. Moga ALLAH merahmati beliau.

Dengan penampilan yang sederhana dan ‘low profile’ , dan tidak mengikut arus semasa, beliau kadang-kadang di beri layanan buruk, namun ini tidak mematahkan semantatnya untuk Berjaya. Belia menegaskan 

“Ya, saya hanya peniaga kecil dari Alor Setar yang tidak tamat tingkatan 5. Ya, saya tidak pandai menderaf surat denga baik. Saya tidak ke pawagam dan menghabiskan cuti dengan lumba layar. Bagaimanapun, saya yakin kepada ALLAH SWT. Dia memberikan saya kedudukan ini dan kekuatan mental, rohani dan jasmani untuk berhadapan dengan apa jua situasi, dan apa jua golongan manusia”

Buku ini sesuai di baca mereka yang ingin menjadi usahawan bertaqwa, jutawan yang inginkan kebaikan kepada masyarakat, atau sesiapa sahaja anda sekalipun, kerana buku ini mengambarkan tauladan seorang manusia beragama ISLAM, yang tidak melupakan Tuhan ketika miskin dan kaya.

Itulah Tan Sri Syed Mokhtar ALbukhary.

Comments

Popular posts from this blog

TADABBUR HIKMAH JUZUK 'AMMA

Dalam Juzuk 'Amma terdapat 37 surah yang sering kita baca ketika solat. Dimulai dengan surah an Naba' dan di akhiri dengan surah al -Nas. Surah-surah yang pendek ini mengandungi pelbagai perbahasan mengenai soal hidup, hari kiamat, tolong-menolong sesama manusia, penjagaan anak yatim, menyantuni faqir miskin, bahkan sampai kepada semangat menghadapi perang dengan kuda yang tangkas berlari pun di suruh menjadi perhatian kita. Jom, memahami tafsir daripada karya agung nusantara, Buya HAMKA. Penyusun dan Penyunting oleh Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi dan hadith ditakhrijkan dan ditahqiqkan oleh Dr RMuhamad Rozaimi Ramle Harga RM73.00  COD Kuching

BELAJAR DARI PERJANJIAN HUDAIBIYAH

Nama Buku : Belajar Dari Perjanjian Hudaibiyah Penulis : Hepi Andi Bastoni Penerbit : Rijal Media Pengedar : Kemilau Publika Sdn Bhd Ulasan Buku Cerita dalam perjanjian Hudaibiyah adalah cerita yang telah di atur dan di rancang oleh Allah SWT. Peristiwa Perjanjian Hudaibiyah walaupun pada mulanya di persoalkan isi perjanjiannya oleh para sahabat, termasuk Umar Al Khattab, kerana sifat manusia memang dari segi fitrahnya tidak jauh dari sifat terburu-buru dan tergesa untuk mencapai tujuan. Apalagi jika diketahui landasan perjanjian Hudaibiyah itu tidak mengambarkan keadilan bagi pihak Muslimin pada waktu itu. Walaupun begitu, Nabi SAW dengan tegas tidak langsung mencerminkan perubahan pada perjanjian tersebut apabila di persoalkan bertubi-tubi oleh Umar RA sehingga di jawab oleh Nabi SAW dengan tegas “ Sesunggunya aku adalah Rasul Allah. Aku tidak akan mendurhakaiNya, Dia pun tidak mensia-siakan aku”. Dalam hal ini, banyak perkara yang kita dapat pelajari sama ada sebagai s

SYARAH 10 MUWASHAFAT

Buku Syarah 10 Muwashafat* (Muwashafat~ciri-ciri atau peribadi yang ada pada seorang Muslim) Asas bagi kejayaan masyarakat adalah pembentukan kualiti individu. Bagaimana kualiti pembentukan individu begitulah pula kejayaan masyarakat. Untuk itu, Islam sangat mengambil berat pembentukan peribadi (takwin fardi) kerana dari peribadi-peribadi muslim inilah, nilai dan kemuliaan Islam dapat diterjermah dalam alam realiti.